Kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jejas ekonomi

0
1

RANKING terbaharu Malaysia iaitu ke-62 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 pasti menjejaskan prestasi ekonomi kerana menghakis keyakinan pelabur asing terhadap negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata ranking hasil kajian badan antarabangsa Transparency International (TI) tersebut telah dijangkakan.

“Kelembapan pelaburan asing akan menjejaskan ekonomi rakyat terutama dari sudut pekerjaan dan peluang perniagaan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Selagi pemerintah tiada kesungguhan politik untuk melawan rasuah, selagi itulah ekonomi negara tidak akan pulih.

“Selama itulah rakyat akan terus sengsara dengan pelbagai tekanan seperti kenaikan harga barang dan defisit kuasa beli,” kata wakil rakyat Amanah itu dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu kedudukan Malaysia turun lima anak tangga dalam CPI, iaitu tempat ke-62 daripada 100 dalam laporan terbaharu tersebut.

Ia adalah kedudukan terendah sejak kaedah penilaian disemak pada 2012. Pada 2020, Malaysia berada di kedudukan 57, menurun sedikit daripada 51 pada 2019.

Dari segi skor, Malaysia juga turun kepada 48 daripada 100 berbanding 51 pada 2020.

TI Malaysia (TI-M) dalam kenyataannya, berkata markah dan pangkat CPI Malaysia jatuh sejak dua tahun berturut-turut, dan jelas menunjukkan negara tidak langsung mencapai kemajuan diharapkan, bahkan menuju ke arah kemerosotan dari segi membanteras rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi.

Katanya, antara punca menyumbang kepada kemungkinan kemerosotan ini membabitkan tindakan sangat terhad kerajaan sedia ada dan sebelum ini dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan hak asasi manusia di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here