SKS Airways tawar penerbangan ke pulau peranginan domestik

0
1

SYARIKAT penerbangan komersial, SKS Airways kini menawarkan penerbangan ke pulau peranginan dalam negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan ke destinasi pelancongan terkenal yang tidak ditawarkan sebelum ini iaitu Pulau Pangkor, Redang dan Tioman.

“Pagi tadi saya di Lapangan Terbang Subang bagi merasmikan penerbangan pertama syarikat penerbangan komersial SKS Airways, pesawat KI3651 ke Pulau Pangkor,” katanya di Facebook, hari ini

Ka Siong berharap, SKS Airways dapat memberi pengalaman unik kepada penumpang dan berupaya memberi nilai tambah kepada industri penerbangan negara serta sektor pelancongan.

Beliau turut menggesa SKS Airways terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi memastikan aspek keselamatan dan garis panduan ditetapkan sentiasa dipatuhi demi kepentingan semua pihak khususnya para penumpang.

“Ini termasuklah prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here