Tunas Fresh and Frozen Food jual produk Bumiputera

0
1

PEMBUKAAN kedai runcit ‘Tunas Fresh and Frozen Food’ di Selayang Baru hari ini, menawarkan pelbagai jenis produk termasuk barangan sejuk beku keluaran Bumiputera.

Pelancaran kedai tersebut disempurnakan Pengarah Urusan Tunas Bumi Jaya, Aziz Mohd Yasin dan Presiden Ikhlas Malaysia, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah.

Aziz berkata, pemilihan produk makanan sejuk beku di Tunas Fresh & Frozen Foods mengikut standard dan kualiti terbaik.

“Di sini ada pelbagai koleksi makanan sejuk beku halal, berkualiti dan milik Bumiputera, siap dipotong dan mudah untuk dimasak. Perkhidmatan penghantaran juga meliputi seluruh kawasan di Malaysia, namun ada caj penghantaran dan lain-lain.

“Pengguna kami terdiri pengguna isi rumah dan peniaga yang membeli secara pukal. Untuk daerah berdekatan boleh juga membeli melalui aplikasi dalam talian yang dalam proses pendaftaran seperti Grab, namun waktu ini boleh dihubungi melalui pesanan telefon.

“Keunikan kami terletak pada makanan sejuk beku yang segar dan telah dipotong, selain mudah untuk terus dimasak. Malah produk kami sangat berkualiti dan terjamin halal kerana kami menjual 80 peratus produk Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, harapan mereka dalam 10 tahun akan datang adalah pembukaan cawangan kedai di seluruh Malaysia.

“Jika ada yang berminat untuk berkolaborasi dan memenuhi syarat seperti sijil dan aspek kualiti tinggi, boleh dijual di kedai dengan hubungi talian 03-6127 4255/012-355 0196,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, pihaknya sentiasa memberi khidmat nasihat dan pandangan berguna kepada usahawan PKS dalam menjayakan perniagaan mereka.

“Jika kita lihat, ini waktunya Bumiputera membuka kedai masing-masing dan membeli produk dari peniaga Bumiputera kerana di pasar raya besar, produk usahawan Bumiputera dipinggirkan kerana karenah biokrasi.

“Untuk mendapatkan ayam dan daging segar yang dijamin halal sangat susah, kerana itu tertubuh Tunas Fresh & Frozen Food,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here