PRN Johor: BN boleh guna acuan kemenangan di Melaka

0
1

BARISAN Nasional (BN) boleh menggunakan resepi dan acuan yang sama digunapakai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk meraih kemenangan pada PRN Johor, bulan depan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia berdasarkan kejayaan besar BN menang lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Melaka.

“(PRN Melaka) template yang boleh digunakan. Berdasarkan (kejayaan) di Melaka itu nampaknya (boleh),” katanya seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata ketika sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, BN Johor menegaskan akan bertanding secara solo di semua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Pada PRN Melaka November lalu, BN menang 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here