
MALAYSIA melaporkan 4,066 kes baharu Covid-19 hari ini, iaitu tertinggi sejak lebih sebulan lalu.
Kali terakhir Malaysia mencatatkan angka harian melebihi 4,000 ialah pada 18 Disember 2021 dengan 4,083 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 2,840,225 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my.
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya.-Malaysiapost
