GST: Apa pandangan Abah? – Asyraf Wajdi

0
2

PEMUDA Umno mempersoalkan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung gesaan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz supaya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula.

Perkara itu dinyatakan Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mempersoalkan adakah gesaan itu ada kaitan dengan tempoh senator Tengku Zafrul bakal berakhir pada 9 Mac ini.

“Tengku Zafrul gesa GST dipertimbangkan semula kerana SST banyak ketirisan. Apa pandangan semua?

“Apa agaknya pandangan Abah Tan Sri Muhyiddin Yassin ya?

“Apakah gesaan ini ada kaitan dengan tempoh Senator YB Tengku Zafrul yang bakal tamat 9 Mac ini? Jangan lupa #TuntutanRakyat untuk KWSP ya YB Senator,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kelmarin Tengku Zafrul dilaporkan memberi bayangan pelaksanaan GST berkemungkinan bakal diperkenalkan semula bagi membendung masalah ketirisan cukai.

Tengku Zafrul mejelaskan sekiranya dilihat perbandingan antara GST dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), secara teorinya hasil kutipan lebih kurang sama, cuma dari segi praktikal GST lebih efisien kerana penipuan cukai sukar dilakukan.

Lebih malang, beliau mendedahkan hasil kerajaan merosot RM20 bilion apabila SST kembali diperkenalkan, walaupun harga barangan kesan pengenalan semula SST adalah sama dengan GST.

Beliau juga mengakui usul pelaksanaan GST, sekiranya diterima kerajaan dan rakyat, perlu dibentangkan semula oleh beliau di Parlimen susulan kerajaan PH sudah membatalkan akta itu sebelum ini.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Muhyiddin yang ketika itu bersama dalam Pakatan Harapan (PH), turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan anti-GST. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here