BAM restu Zii Jia jadi pemain pro

0
2

PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia memaklumkan

KONFLIK antara Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung penggantungan menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa kini selesai.

Perkara itu dikongsikan Zii Jia menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi yang menurutnya, BAM telah memberi restu untuknya menjadi pemain profesional.

“Saya berbesar hati untuk mengadakan pertemuan peribadi dari hati ke hati dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria bersama ibu bapa saya.

“Saya gembira kerana kami kini sudah menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional.

“Pencapaian masa lalu dan masa depan saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia,” katanya.

Pemain ranking nombor tujuh dunia itu juga menzahirkan rasa syukur atas bimbingan dan asuhan Norza serta memberi dirinya peluang berkhidmat kepada negara.

“Pada masa ini, saya akan komited untuk Kejohanan Berpasukan Asia. Saya harap kesimpulan ini menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan peminat badminton,” katanya lagi.

Minggu lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Ia susulan keputusan Zii Jia untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here