RANG Undang-Undang Anti Lompat Parti di muktamad dan dibentangkan dalam sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang bermula 28 Februari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan tersebut selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu ia disegerakan.
Menurutnya, sebuah jawatankuasa teknikal berunsur bi partisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik.
“Keanggotaan jawatankuasa teknikal ini terdiri daripada empat wakil kerajaan dan empat orang Pakatan Harapan (PH).
“Jawatan kuasa teknikal ini bertemu minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan yang dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Wan Juniadi menjelaskan, persetujuan yang dicapai ini juga adalah komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara-perkara dipersetujui dalam memorandum persefahaman ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang. – Malaysiapost

