Lorong Smart Tag diaktifkan semula

0
1

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan semula lorong Smart Tag bagi memastikan kelancaran trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina serta mengatasi masalah pelaksanaan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Dalam satu kenyataan, PLUS memaklumkan pengaktifan semula lorong berkenaan bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pengguna lebuh raya.

“PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong Smart Tag di 16 plaza tol sebelum 25 Januari depan untuk kelancaran trafik sempena Tahun Baharu Cina.

“Selepas perayaan ini, iaitu pada pada 19 Februari depan, 24 lorong Smart Tag akan diaktifkan di 18 plaza tol,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, PLUS turut memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

“Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

“Lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch N Go kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here