Menteri: Penjualan sijil vaksin hanya babit program berbayar swasta

0
1

Siasatan pihak berkuasa mendapati kegiatan penjualan sijil vaksin dibongkar baru-baru ini hanya membabitkan pelaksanaan vaksinasi berbayar yang dijalankan pihak swasta.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata polis telah berjaya mengesan dan melaporkan siasatan ke atas beberapa premis pengamal perubatan swasta yang didakwa terlibat penjualan sijil vaksinasi.

“Setakat ini kesemua kes yang dikesan adalah melibatkan pelaksanaan vaksinasi berbayar yang dijalankan pihak swasta.

“Sebagai prosedur yang ditetapkan, semua proses pemberian vaksinasi yang dijalankan oleh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan Private Purchase perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan sistem MyVAS bagi tujuan rekod dan pengeluaran sijil vaksinasi,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, bagaimanapun dalam kes yang dilaporkan, apa yang berlaku adalah pengamal perubatan swasta yang terlibat telah memberikan laporan pemberian vaksinasi palsu kepada KKM.

“Buat masa ini siasatan masih dijalankan oleh polis dan KKM akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here