Sindiket memperdagang, penyeludupan manusia tumpas di Pahang

0
2

POLIS berjaya menumpaskan sindiket memperdagang dan penyeludupan manusia susulan penahanan tiga lelaki dipercayai menjadi dalang kegiatan itu di Genting Highlands, Pahang pada Jumaat lalu.

Penahanan ketiga-tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 52 tahun itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sebuah apartment pada jam 8 malam.

Ketua Polis daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan itu berjaya menumpaskan kegiatan maksiat yang dipercayai mengeksploitasi wanita warga asing.

Menurutnya, polis turut menyelamatkan empat wanita warganegara asing berusia antara antara 26 hingga 41 tahun.

“Polis juga merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, dua kereta Nissan Almeera dan Toyota Vios, wang tunai RM2,156, enam kondom, enam kad sim telefon dan tiga beg pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan ditahan reman sehingga Jumaat ini.

Katanya, hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

“Empat wanita warga asing itu kemudiannya dihantar ke rumah perlindungan di Kuala Lumpur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here