Kakak ipar PM meninggal dunia

0
2

KAKAK ipar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Siti Fatimah Ismail meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan Ismail Sabri menerusi ciapannya di Twitter hari ini.

“Kakak ipar saya, Siti Fatimah binti Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here