Dasar Agrikomoditi Negara memayungi pembangunan komoditi

0
1

DASAR Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 bakal memayungi pembangunan sektor ini untuk terus berdaya saing sekali gus meningkatkan perkembangan teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia selaras dengan norma baharu dan peningkatan penggunaan digital pasca Covid-19.

Menurutnya, DAKN 2021-2030 yang menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020 dalam usaha memacu pembangunan sektor agrikomoditi ini secara lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan pasaran.

“Dasar ini yang akan memayungi pembangunan agrikomoditi negara adalah penting agar sektor ini terus berdaya saing dan kekal terpelihara sepanjang zaman,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, DAKN 2021-2030 akan digunakan sebagai rujukan kepada industri komoditi negara dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

“Selain itu, ia akan melahirkan pekebun kecil ‘pintar’ yang mengamalkan pertanian moden menerusi penggunaan teknologi.

“Dasar ini bakal meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam sektor industri hiliran agrikomiditi.

“Usaha ini seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sektor ini yang amat penting kepada pembangunan negara,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here