Polis siasat video tular lelaki dipukul

0
1

POLIS menyiasat video tular di media sosial mengenai kejadian seorang lelaki dipukul sekumpulan individu lain yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, video tersebut disebarkan oleh pemilik akaun Facebook bernama Melvin Zheng Wenxin sehingga mendapat perhatian umum.

“Justeru, PDRM ingin mengesahkan satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Yahaya berkata, pihaknya juga sedang mengesan individu yang terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

“Sehubungan dengan itu, orang awam disarankan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini kerana ia akan menjejaskan siasatan polis.

“Kita turut menyeru kepada mangsa dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian terbabit untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 012-5077026 bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit lima saat tular di media sosial memaparkan video seorang lelaki dipukul sekumpulan individu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here