186 kes baharu varian Omicron dikesan

0
1
grafik

SEBANYAK 186 kes baharu varian membimbangkan (VOC) Omicron (B.1.1.529) telah dilaporkan sejak 14 Januari lalu hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 46 kes baharu varian itu dikesan Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM).

“Selain itu, The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC-UM) telah mengenal pasti 43 kes baharu dan Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) pula mengesan 43 kes baharu.

“Institute of Medical Research (IMR) telah mengenal pasti 28 kes baharu dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengesan 26 kes baharu.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,412 kes adalah VOC, manakala 20 kes lagi adalah varian mempunyai kepentingan (VOI).

“Secara keseluruhan, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta, 439 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here