Sambutan Thaipusam terap norma baharu demi keselamatan keluarga, masyarakat – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam buat seluruh penganut Hindu di Malaysia yang akan meraikannya esok.

Beliau berharap, perayaan itu disambut dengan penuh pengertian yang mendalam, di samping bersama keluarga tersayang.

“Esok, masyarakat India beragama Hindu akan menyambut perayaan Thaipusam.

“Terapkan perayaan dengan amalan norma baharu untuk keselamatan diri kita, keluarga dan masyarakat kita. Selamat menyambut Hari Thaipusam,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, tanah air ini dipenuhi dengan keharmonian, silang budaya dan rakyat saling hormat menghormati.

“Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di kalangan kita diraikan menjadi sumber kekuatan Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here