Kekanda Putera Mateen bernikah 20 Januari

0
1

MAJLIS Istiadat perkahwinan diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, kekanda kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen akan mula berlangsung pada 16 Januari 2022.

Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, 36, yang merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

Menerusi pengumuman di Instagram Brunei Royal Family, majlis perkahwinan itu akan berlangsung selama 10 hari iaitu bermula 16 Januari hingga pada 25 Januari 2022.

Atur cara majlis penuh adat istiadat turut disenaraikan seperti berikut:

16 Januari: Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

17 Januari: Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga

18 Januari: Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja

19 Januari: Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja

20 Januari: Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja

23 Januari: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja

24 Januari: Majlis Persantapan Diraja

25 Januari: Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga

Hantaran itu turut menarik perhatian rakyat jelata dan warga maya dengan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar majlis berlangsung dengan lancar.

  • “Tahniah buat pasangan pengantin diraja. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke syurga.”
  • Tahniah Puteri Fadzilah dan Awang Abdullah”
  • “Alhamdulilah …. sembah ucapan tahniah dan selamat pengantin diraja serta mendoakan semua dilaksanakan dengan izin Allah SWT.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here