Covid-19: 15 kematian baharu, 6 BID

0
1

SEBANYAK 15 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,738 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, enam daripada 15 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 39,896 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 32,550 individu atau 81.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,666 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 3,465 kes dirawat di hospital dan 215 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 105 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here