i-Citra: KWSP tidak perlu cairkan aset luar negara – Asyraf Wajdi

0
1

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu mencairkan aset institusi itu di luar negara untuk membenarkan pengeluaran one off i-Citra RM10,000 kerana ia dianggarkan hanya membabitkan implikasi kewangan sekitar RM25 bilion sahaja.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata KWSP hanya boleh menggunakan pusingan caruman bulanan yang diterima institusi itu yang mencecah RM78 bilion setahun, untuk membenarkan pengeluaran i-Citra berkenaan.

“Jadi, perlukah dicairkan aset-aset KWSP di luar negara yang berjumlah kira-kira RM356 bilion iaitu 36% daripada jumlah aset pelaburan KWSP iaitu RM988.55 bilion? Tak Perlu!

“Kalau ikut caruman bulanan yang KWSP terima adalah RM6.5 bilion, maka setahun RM78 bilion. Setakat pusing yang ini pun sepatutnya lebih dari cukup,” katanya menerusi Facebook.

Jelas, Asyraf Wajdi, KWSP mencatat prestasi memberangsangkan sembilan bulan pertama 2021 dengan pendapatan daripada pelaburan kasar sahaja mencecah RM48 bilion, berbanding tempoh sama 2020 RM 44.6 bilion.

“Tambahan lagi 4 peratus daripada portfolio KWSP iaitu RM39.5 bilion dalam Pasaran Kewangan (Money Market), jadi Fixed deposit, tunai, bil perbendaharaan dan lain-lain. Semua ni boleh dicairkan dalam masa singkat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga boleh melakukan seperti bank Pusat negara lain buat untuk mendokong polisi Fiskal Kerajaan iaitu menggunakan ‘Unconventional Monetory Policy’ (Polisi Kewangan tidak Konvensional).

“Kerajaan boleh arahkan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap atau membeli ‘financial asset’ KWSP. Jadi KWSP tak perlu ‘offload ke market’. Bermakna kecairan dalam pasaran modal pun tak terjejas.

“(Banyak bank-bank pusat di negara-negara maju seperti di UK, US, ECB (European Central Bank), Jepun, Australia bahkan di Indonesia juga mengambil tindakan sama iaitu apa yang disebut sebagai Unconventional Monetary Policy.

“Ini bukan simply Open Market Operation. Melalui kaedah Unconventional Monetary Policy, Bank Pusat boleh juga beli corporate bond.

“…. bukan sekadar bond kerajaan bertujuan untuk mempengaruhi yeild curve bagi government bond dan corporate bond sepanjang yeild curve untuk membantu Polisi Fiskal Kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here