Jumlah mangsa banjir di Johor menurun

0
1

JUMLAH mangsa banjir di Johor menurun sedikit kepada 3,714 orang membabitkan 1,063 keluarga di 47 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 3,720 mangsa daripadanya 1,060 keluarga ditempatkan di 49 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan, berkata banjir di Segamat kian pulih dengan 1,674 mangsa daripada 455 keluarga masih berada di 26 PPS.

Katanya, ia menurun berbanding 1,715 daripada 468 keluarga di 28 PPS pada malam tadi.

“Bagaimanapun, tiga daerah menunjukkan sedikit peningkatan, termasuk Tangkak dengan 712 mangsa banjir (217 keluarga) di sembilan PPS pada pagi ini, berbanding 705 (208 keluarga), malam tadi.

“Muar pula kini mempunyai 1,190 mangsa banjir darurat 356 keluarga di 10 PPS, berbanding 1,178 daripada 351 keluarga) pada malam tadi.

“Mangsa banjir di Batu Pahat juga bertambah kepada 133 orang (35 keluarga) di dua PPS, berbanding 122 (33 keluarga) pada malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor menunjukkan empat sungai di kawasan terjejas banjir masih berada pada aras bahaya.

“Sungai itu meliputi di Kampung Olak Sepam, Muar pada aras 3.35 meter, selain Panchor, Muar (2.44m), Bukit Kepong, Muar (4.9m) dan Buloh Kasap, Segamat (9.50m),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here