Covid-19: 11 kematian baharu, dua BID

0
1
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.

SEBANYAK 11 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,655 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, dua daripada 11 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 39,776 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 32,866 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,230 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 3,427 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 115 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here