KKM kesan 3 lagi produk mengandungi merkuri

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesan tiga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual dijual di pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk berkenaan adalah NP Beauty FM Cream, NP Beauty FB Cream 7g dan AS’S Beauty Night Cream dengan ketiga-tiganya dikesan mengandungi merkuri.

Beliau berkata, susulan itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana bole memudaratkan kesihatan. la boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“la juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang mash kecil atau yang belum dilahirkan, selain iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham mengingatkan penjual dan pengedar menghentikan penjualan dan pengedaran produk-tersebut serta-merta.

Katanya, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Selain, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham menasihati orang awam yang sedang menggunakan produk itu segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my

“Atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turn daripada Google Play Store,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here