SMK Balai Ringin terbakar, KPM ambil tindakan segera

0
1

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan segera berhubung kejadian kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak, awal pagi tadi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan di sekolah tersebut susulan insiden berkenaan.

Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan bilik guru dan blok pentadbiran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman, tahun lepas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagi kejadian tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau berkata, KPM akan berusaha yang terbaik untuk warga sekolah berkenaan.

“InsyaAllah, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi video berdurasi 41 saat dikongsikan Radzi di Facebooknya, memaparkan pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan api yang sedang marak di bangunan sekolah itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here