
KES harian Covid-19 masih kekal di angka 3,000 dengan mencatatkan sebanyak 3,251 kes baharu hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,783,331 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost
