Tiada jangkitan baharu Covid-19 mangsa banjir

0
1

TIADA pertambahan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir hari ini menjadikan jumlah kumulatif mangsa banjir dijangkiti wabak berkenaan sejak banjir melanda negara 18 Disember lalu kekal 465 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga jam 3 petang tadi juga tiada penularan baharu Covid-19 dilaporkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri yang dilanda banjir.

Menurutnya, setakat ini hanya 15 kes dilaporkan di PPS dan jumlah kluster Covid-19 di PPS juga kekal hanya satu kluster.

“Jumlah PPS yang masih beroperasi adalah 147 PPS iaitu Johor (73), Pahang (22), Sabah (24), Melaka (11), Negeri Sembilan (15), dan Selangor (2) degan keseluruhan mangsa terjejas banjir adalah 11,355 orang.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah 465 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
jumlah kluster di PPS: 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, menurutnya sebanyak 58 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini menjadikan keseluruhan 2,270 penyakit berjangkit membabitkan mangsa bencana itu yang dilaporkan setakat ini.

“Jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) dengan jangkitan semasa adalah 32 kes dan kumulatif 1,398 kes; penyakit kulit (semasa 20 kes, kumulatif 587 kes); manakala Acute Gastroenteritis (AGE), adalah enam kes semasa dan 263 kes kumulatif.

“Konjunktivitis tiada kes semasa dilaporkan dengan 16 kes kumulatif setakat ini; manakala penyakit mulut dan kaki (HFMD) pula sebanyak enam kes kumulatif dan tiada kes semasa dilaporkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here