Bantuan kepada mangsa banjir perlu disegerakan – PM

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memastikan semua pihak yang terbabit dengan pengurusan banjir mejalankan tugas sebaiknya.

Menurutnya, ia bagi melancarkan dan menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan kerajaan yang telah diumumkan sebelum ini

“Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama tahun 2022 di Perdana Putra.

“Antara penekanan mesyuarat adalah isu pengurusan banjir dan pasca banjir, serta isu penangguhan ibadah umrah bagi jemaah Malaysia, atas sebab penularan varian Omicron di Tanah Suci,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengingatkan anggota Kabinet bahawa semua orang mempunyai peranan masing-masing dalam menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan bencana yang melanda negara.

“Saya yakin dan percaya, dengan tumpuan dan dedikasi dari semua, cabaran ini dapat kita lalui dengan tenang, sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here