Tak baik kutuk YB Rina – Vida

0
1

USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memohon warganet untuk berhenti menyindir dan mengkritik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di media sosial.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Hasan, 50, berkongsi hantaran di Facebook, meminta orang ramai supaya tidak memperlakukan Ahli Parlimen Titiwangsa sedemikian, kerana ia bukan perbuatan atau tindakan yang baik dengan mengutuk seseorang.

Vida turut menyertakan sekeping gambarnya bersama Rina bagi memberi sokongan kepada pemimpin Bersatu itu.

“Tak baik dok kutuk-kutuk YB. No no sindir please,” tulisnya.

Baru-baru ini, Rina dikecam netizen selepas videonya mencuci lantai simen dan longkang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang bersih tular dalam media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here