Model baru lebih menyeluruh ganti PeKT – Reezal

0
1

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penamatan anggota Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) terpaksa dilakukan.

Ini kerana, katanya, kementeriannya tidak lagi mendapat peruntukan daripada kerajaan bagi tujuan pelaksanaan kegiatan PeKT pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sedang melihat model baru yang lebih inklusif bagi menggantikannya.

“Bila tidak lagi mendapat peruntukan, macam mana kita nak membiayainya. Maka terpaksalah kita menamatkan PeKT.

“Sudah tentunya juga buat masa ini peruntukan lebih berfokus kepada isu semasa yang dihadapi negara iaitu pandemik Covid-19 dan banjir besar yang melanda negara.

“Kementerian juga sedang melihat model baru yang lebih inklusif bagi menggantikan PeKT,” katanya.

Reezal berkata demikian sebagai mengulas mengenai surat yang tular berhubung penamatan khidmat PeKT oleh KPKT.

Penamatan perkhidmatan itu dibuat lebih awal berbanding penggal yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2022.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, PeKT yang diwujudkan sebelum ini hanya ditubuhkan di tiga negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat ketika itu.

Justeru, katanya, ia tidak mahu badan itu dijadikan sebagai alat politik dan mahu digantikan dengan satu modul yang menyeluruh di seluruh negara.

“Kita hendak tengok model yang lebih menyeluruh bukan hanya tertumpu di tiga negeri saja, buat masa ini PeKT ini wujud di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kita mahu ia lebih menyeluruh dan inklusif serta tidak mahu ia dijadikan alat politik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here