
Sharifudin Abdul Rahim
BAGAIKAN dilanggar tsunami! Begitulah keadaan di Sungai Kerau di Jambatan Sri Telemong, Karak berikutan timbunan kayu dipercayai dibawa arus banjir disebabkan kejadian kepala air.
Pengamatan penulis mendapati tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kuasa alam apabila lambakan kayu hanyut seperti pencungkil gigi berselerakan di kawasan tersebut, seluas mata memandang.
Hilang kata-kata, memang tidak terjangkau atau di luar kemampuan manusia untuk ‘mengumpul’ ribuan kayu pelbagai saiz itu dalam sebatang sungai seperti di Sungai Telemong.
Hanya sang pencipta alam mampu melakukannya melalui bencana menguji hambanya. – Malaysiapost











