Konvoi motosikal ke Langkawi ‘disambut’ polis, JPJ

0
2

KUMPULAN bermotosikal ‘Langkawi Attack’ yang berkonvoi ke Pulau Langkawi dipercayai bagi menyambut ambang Tahun Baharu 2022 ‘diserang’ pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebaik tiba di ke pulau berkenaan semalam.

Konvoi terbabit turut ‘disambut’ dengan 606 saman membabitkan 473 motosikal atas pelbagai kesalahan trafik oleh pihak polis, 104 notis JPJ serta sebuah motosikal turut disita.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata konvoi berkenaan memasuki Langkawi melalui Dermaga Tanjung Lembung, sejak semalam dan malam tadi.

Menurutnya, secara keseluruhan 1,200 motosikal diperiksa ketika tiba melalui tiga perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan dari Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembung, Langkawi iaitu pada 5 petang, di ikuti jam 9 dan 11 malam tadi.

“Rata-rata dari Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Majoriti kesalahan adalah tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan semua pihak yang berkunjung ke pulau peranginan itu supaya terus mematuhi undang-undang dan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berada di Langkawi.

Terdahulu tular video berdurasi tiga minit yang dikongsi di Facbook menunjukan ratusan penunggang motosikal ditahan polis trafik sebaik sahaja tiba di jeti pulau tersebut.

Turut tular gambar sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran dengan tulisan ‘Langkawi Attack #JB_MARI’. – Malaysiapost

Nombor pendaftaran dengan tulisan ‘Langkawi Attack #JB_MARI’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here