‘Keybord warrior’ banjir, jangan jadi seperti ada tak bertambah, tiada tak berkurang

0
2

Najamuddin Mohd Nor

SETAKAT ini rata-rata mangsa banjir berpuas hati dengan bantuan yang dihulurkan kerajaan.

Ia berdasarkan tinjauan Malaysiapost di lapangan, khususnya lokasi banjir di beberapa daerah di Selangor dan Pahang yang sebelum ini terjejas teruk akibat bencana alam itu.

Ternyata keyboard warrior yang membuat kecoh di media sosial membuat tohmahan seolah-olah nasib mangsa banjir tidak terbela.

Tak turun ke lapangan tetapi buat macam tahu sangat. Lemah! Jangan kita mudah membuat andaian dengan jari jemari kita, berdosa!

Mangsa banjir yang ditemui bersyukur dengan bantuan daripada semua segi walaupun memang tidak cukup sebenarnya untuk menampung kos kerosakan harta benda.

Sukarelawan membersihkan sisa lumpur di sebuah rumah di Lanchang, Pahang.

Namun setakat bantuan wang segera bencana, makanan, pakaian, Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kesihatan dan banyak lagi rata-rata mereka berpuas hati dan bersyukur.

Tak percaya turunlah ke lapangan, tanya sendiri. Saya dah turun dan dapat melihat serta dengar sendiri daripada mangsa banjir.

Lagi satu, kita raikan semua parti politik yang membantu mangsa banjir. Rasanya tiada parti politik yang tak turun padang. Selagi perkara itu baik, kita raikan. Buat baik Allah sayang!

Semua mangsa banjir yang ditemui ucap terima kasih kepada kerajaan, dermawan yang menyumbang, NGO yang membantu dan sukarelawan yang ringan tulang meringankan keperitan pasca banjir.

Jadi sekarang bukan masanya kita sibuk nak mencari siapa bersalah, tuding menuding, lebih-lebih lagi yang tidak turun ke lapangan tapi dia punya cerita macam semua tahu. Buat persepsi tidak berasas.

Duduk diam lebih baik daripada bercakap bukan-bukan. Jangan nak jadi keyboard warrior yang hanya tahu mengeruhkan lagi keadaan, nak dapat tumpuan netizen dengan cerita sensasi yang entah betul entahkan tidak.

Lebih baik cari pahala dengan beri sumbangan. Orang kata, kalau tak ada wang ringgit, hulurkanlah tenaga empat kerat. Turunlah bantu mangsa banjir cuci rumah, buang sampah sampai bersih. Itu lebih baik.

Orang kata kalau wang dan tenaga pun tak ada, kita masih boleh berdoa kepada Allah agar mangsa banjir dipermudahkan urusan dan boleh bangkit semula dari ujian ini. Lagipun doa itu adalah senjata rahsia orang Islam, jadi berdoalah untuk mereka.

Sebenarnya mudah saja nak tolong orang dan kita miliki banyak pilihan untuk tolong orang. Jangan jadi seperti ada tak bertambah, tiada tak berkurang. Bantu mereka dengan apa yang kita terdaya.

Buat mangsa banjir, bersabarlah hadapi ujian ini. Satukan jiwa dan kentalkan hati untuk bangkit dengan lebih padu daripada ujian ini.

Insya-Allah, ada jalan yang dapat bantu mengharungi keluar daripada segala kesulitan ini selagi kalian terus berusaha, tidak hilang pedoman dan berputus asa dengan ujian ini. Bangkitlah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here