34 kematian baru akibat Covid-19

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JUMLAH kematian harian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 34 kes dengan 11 daripadanya adalah kes kematian luar hospital (BID).

Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak wabak berkenaan melanda negara kini mencecah 31,462 kematian.

Daripada jumlah itu, korban diklasifikasikan sebagai BID adalah seramai 6,351 kes.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 49,967 kes aktif dilaporkan, termasuk 281 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 155 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,984 kes sembuh turut dilaporkan, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan setakat ini adalah 2,754,513 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here