Tak boleh jual arak di kawasan majoriti Muslim di Kuala Kangsar 

0
1

MAJLIS Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah itu bermula tahun depan. 

Yang Dipertuanya, Zulqarnain Mohamad berkata perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 hari ini, lapor Utusan Malaysia. 

Menurutnya, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam bagaimanapun masih dibenarkan dengan beberapa syarat.  

“Perkara ini ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi perundangan di peringkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan enakmen-enakmen di peringkat negeri.  

“Kita sudah boleh laksanakan dan tahun 2022, kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan bergama Islam yang berada di situ boleh beli di tempat lain,” katanya. 

Zulqarnain berkata, buat masa ini terdapat sebuah kedai serbaneka di Puncak Bougainvillea di Kuala Kangsar yang tidak dibenar menjual minuman keras kerana terletak dalam kawasan majoriti Islam bagi menjaga sensitiviti penduduk setempat. 

“Hanya di kawasan majoriti penduduk Muslim kedai serbaneka tidak dibenarkan menjual arak kerana kuasa itu telah ada sebelum ini iaitu dari segi kawalan lesen. 

“Apabila kita keluarkan lesen, kita boleh letak syarat tidak dibenarkan menjual minuman yang memabukkan untuk kedai itu sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here