55 jemaah umrah positif Covid-19 di Mekah rayu bantuan 

0
1

Nilam Oshman 

SERAMAI 55 jemaah umrah dari Malaysia yang sedang menjalani kuarantin kendiri di hotel Al Jawhara Tower Mekah kerana disahkan positif Covid-19 baru-baru ini, memohon perhatian kerajaan. 

Mereka memohon kerajaan Malaysia melalui agensi berkaitan untuk menghulurkan bantuan bekalan makanan termasuk ubat-ubatan dan alat pengukur kadar oksigen atau oximeter. 

Jemaah berkenaan turut merayu kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk turun melihat kesukaran yang dihadapi mereka. 

Perkara itu dikongsikan seorang jemaah dikenali sebagai Mahizi Mohamed Zain menerusi laman Facebooknya semalam. 

“Allahhuakhbar…. Dugaan buat kami seramai 55 orang jemaah umrah yang tidak lulus ujian PCR di Mekah.  

“Pihak Travel Agent telah buat sehabis baik untuk memastikan semua jemaah yang dikuarantin di Al Jawhara Tower Mekah dapat tempat tinggal yang selesa dan makan minum. 

“Namun bekalan lain seperti bantuan makanan lain dan ubatan serta alatan oxymeter kami perlukan. Bantulah kami. Mohon pihak kedutaan Malaysia turun ke sini lihat nasib kami,” tulisnya.  

Menerusi hantaran berasingan di laman sosial sama, Mahizi memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 dua hari lalu dan redha di atas apa yang berlaku. 

“Ya Allah, kami redha dgn ujianMu,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here