Masjid, surau disaran anjur solat hajat, doa selamat menjelang 2022 – JAWI

0
2
Orang ramai hadir di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Jumaat dengan penjarakkan 1.5 meter ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

MENJELANG ketibaan tahun baru 2022, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

JAWI dalam satu kenyataan, hari ini menyarankan solat hajat dan doa selamat itu diadakan esok, selepas solat Maghrib.

“Ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk negara Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan dalam menghadapi tahun baharu yang mendatang.

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT melimpahkan keamanan dan kemakmuran berpanjangan kepada negara Malaysia tercinta serta memelihara negara daripada segala musibah, bencana dan penularan wabak penyakit berbahaya.

“Zahirkanlah sifat kesyukuran di atas nikmat kurniaan Allah SWT dengan mengekalkan suasana keharmonian, kesepaduan dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here