SKUAD Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney diundi bersama Indonesia dalam Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Kemboja, Februari depan.
Turut berada dalam kumpulan sama ialah Myanmar dan Laos.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi perkongsian di Facebooknya berkata tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir.
Majlis undian berlangsung tengah hari tadi di Singapura dengan turut disertai secara dalam talian oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Maloney.
Pasukan-pasukan dalam Kumpulan A ialah Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei.
Kumpulan C pula boleh dianggap sebagai kumpulan maut apabila menghimpunkan tiga jaguh Asia Tenggara, Thailand, Vietnam dan Singapura. – Malaysiapost

