Setiap kementerian jadi keluarga angkat kawasan banjir

0
2

SETIAP kementerian, jabatan dan agensi kerajaan diberi tanggungjawab setiap satu menjaga kawasan banjir sebagai kawasan angkat.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan menghadapi gelombang kedua banjir, hari ini.

Ketua Setiausha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras pembahagian kawasan angkat terjejas banjir kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“JPA turut menyelaras usaha mobilisasi anggota perkhidmatan awam bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi pembersihan pasca banjir pula, Mohd Zuki menjelaskan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi tanggungjawab mengatur gerak sinergi aset-aset kerajaan dan keperluan aset daripada pihak swasta, NGO dan individu bagi pengurusan pembersihan pasca banjir.

Beliau berkata, usaha ini akan dibantu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) khususnya menerusi penyediaan sistem pemindahan sistem pepejal sementara yang dikenal pasti di kawasan terdekat dengan kawasan yang terjejas banjir secara transit.

“Polis akan membantu memastikan kelancaran laluan jentera pembersihan untuk mempercepatkan penghantaran sisa pepejal ke stesen yang ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here