Usahawan kosmetik mahu hadiahkan ‘Abang Viva’ kereta baharu

0
2

SEORANG usahawan kosmetik berhasrat menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada lelaki yang tular dikenali sebagai ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar, 29.

Perkara tersebut dimaklumkan Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan menerusi laman Facebooknya dan memohon kepada pengguna media sosial yang mana mengenali pemuda tular itu.

‘Tolong Sha please. Dah banyak kali cuba hubungi tapi tak dapat. Harap Abang Viva sudi terima,” tulisnya di hantaran Facebook.

Wan Nur Siti Aisya berkata, hasratnya itu bagi memudahkan niat Azwan dalam membantu lebih ramai mangsa terjejas termasuk sebarang situasi di masa akan datang.

“Ada tak sesiapa boleh bantu saya untuk hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp dia tapi takde respons. Insya-Allah saya nak hadiahkan kereta baharu. Moga urusan dia dipermudahkan dalam membantu lebih ramai orang,” katanya lagi.

Azwan yang berasal dari Melaka mencuri tumpuan ramai selepas tular tekad bergerak dengan sebuah Viva dan bot di bumbung kereta, bertujuan menghulur bantuan kepada mangsa banjir di Lembah Klang.

Bot hitamnya itu dikatakn telah menyelamatkan berpuluh-puluh mangsa banjir, beliau antara individu perseorangan yang awal tiba memberikan pertolongan.

Terkini, kelibat ‘Abang Viva’ dilihat berada di Pahang, bagi meneruskan misi membantu mangsa banjir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here