Aliran trafik perlahan dari Bentong ke Karak

0
1

ALIRAN trafik di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur dilaporkan perlahan sepanjang tujuh Kilometer (KM) dari Kuala Lumpur menghala ke Karak.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam ciapan Twitter, berkata kenderaan bergerak perlahan dari Bentong menghala ke Karak.

“Perlahan 7km sebelum masuk ke laluan kontra di KM 74.8 arah Timur.

“Hati-hati memandu ketika dilokasi. Sila patuhi papan tanda dan arahan petugas di lokasi,” kata ciapan itu.

Semalam, LLM melaporkan laluan di kedua-dua hala bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 daripada Plaza Tol Karak ke Plaza Tol Kuala Terengganu telah dibuka kepada semua kenderaan.

Sebelum ini, beberapa laluan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh dan banjir sejak 18 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here