KPN akui koordinasi antara agensi beri bantuan di Taman Sri Muda lambat

0
1

KOORDINASI pengurusan antara agensi berkaitan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam Sabtu lalu agak lambat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani berkata, setiap agensi telah menggerakkan anggota dan aset selepas hari kedua banjir.

“Pada ketika itu, banjir berada dalam keadaan paras bahaya, kita dapati mangsa-mangsa banjir tinggal di rumah teres setingkat, dua tingkat dan pangsapuri.

“Kepadatan penduduk di Shah Alam berbeza dengan penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu serta daerah lain,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos Kawalan di Taman Sri Muda Seksyen 25, hari ini.

Menurut Acryl Sani, urusan perpindahan di tempat lain mudah berbanding di Shah Alam.

“Kita menghadapi cabaran untuk mengeluarkan mangsa di kawasan ini. Pada peringkat awal, kita dilihat agak perlahan.

“Namun, kita telah meningkat keupayaan antara semua agensi untuk memastikan semua mangsa yang terjejas dapat diselamatkan dan mendapat bantuan makanan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here