Orang ramai diseru sertai program misi bantuan banjir ASEAN Muda

0
1

ORANG ramai yang berkelapangan dan sihat tubuh badan diseru menyertai khidmat masyarakat bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir besar ketika ini. 

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA) Datuk Sohaimi Shahadan, berkata orang ramai yang ingin turun padang bagi membantu mangsa banjir boleh menyertai misi kemanusian dianjurkan seperti pertubuhan bukan kerajaan, ASEAN Muda. 

“Program ini adalah khidmat masyarakat di bawah kelolaan ASEAN Muda. Kita terpanggil untuk bersama rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana alam ini.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk turut serta turun padang bagi membantu mereka yang memerlukan.

“ASEAN amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu menjayakan misi kemanusiaan ini,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi ASEAN Muda, Danish Ameerul berkata, menerusi Program Misi Bantuan Banjir Hulu Langat pihaknya mendapati kebanyakan mangsa mengalami kerugian besar akibat kemusnahan rumah dan harta benda.

“Keadaan sangat menyayat hati dengan harta benda musnah, sekali gus ia amat memberi kesan kepada mangsa banjir. 

“Seramai 15 orang diperlukan bagi membersihkan sebuah rumah agar dapat diselesaikan dengan segera. 

“Marilah kita bersama-sama meringankan tulang serta bantu satu sama lain. Benda ini boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila tanpa kita duga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here