PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di Malaysia merekodkan 3,510 kes baharu, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 2,731,713.
Kes baharu itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,519 kes harian semalam.
Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. -Malaysiapost

