Kes baharu Covid-19 kembali 3,000 angka

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES baharu harian Covid-19 kembali ke angka 3,000 apabila mencatatkan 3,140 kes hari ini.

Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 551 kes berbanding 2,589 kes harian dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,724,684 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here