10 maut: Pemandu treler tidak mengaku bersalah

0
1

PEMANDU treler yang terbabit kemalangan yang mengakibatkan kematian 10 mangsa di lorong kecemasan berhampiran kawasan Rehat Rawat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), menghala Shah Alam, Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Mohd Rafi Jaafar, 37, didakwa atas 10 pertuduhan menyebabkan kematian 10 individu dalam kemalangan terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh yang memakai baju T berwarna kelabu dan merah mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Berdasarkan pertuduhan yang dibaca secara berasingan, bapa kepada tiga anak itu didakwa sebagai pemandu lori treler jenis Hanvan telah memandu kenderaan tersebut secara berbahaya kepada orang awam sehingga berlaku kemalangan dan mengorbankan 10 nyawa.

Mereka yang terkorban ialah Norul Naziah Buyong, 37; bersama lapan anaknya Razarul Amin Abdul Razak, 17; Razatul Aliah Abdul Razak, 16; Puteri Hidayah Abdul Razak, 12; Mohd Aizat Syazwan Abdul Razak, 10; Mohd Rokaizat Rezky Abdul Razak, 9; Mohd Hidayat Hakimie Abdul Razak, 7; Puteri Nor Ain Syalwana Abdul Razak, 3, dan Mohd Raid Fathi Abdul Razak, 10 bulan.

Seorang lagi yang maut ialah mekanik Mohamad Rahimi Rolex berusia 27 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here