KES baharu harian Covid-19 turun di bawah angka 3,000 apabila mencatatkan 2,589 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 3,108 kes semalam dan 3,900 kes harian yang dilaporkan pada 18 Disember lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,721,544 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

