Kelaparan, mangsa banjir pecah pasar raya cari makanan

0
1

DIPERCAYAI akibat kelaparan, susulan terperangkap banjir sejak Sabtu lalu, beberapa mangsa banjir yang hilang kesabaran menunggu bantuan bertindak menyerbu dan memecah masuk sebuah premis pasar raya untuk mendapatkan makanan.

Keadaan itu tular di media sosial hari ini melalui satu video menunjukkan mangsa banjir beramai-ramai memecah masuk pasar raya berkenaan yang juga masih ditenggelami air.

Video berdurasi 11 saat itu mamaparkan sekumpulan individu sanggup mengharungi banjir, meranduk air dan memecah premis berkenaan dipercayai untuk mendapatkan makanan.

“Makanan lambat sampai, diaorang pecah Speedmart. Ya Allah…. Pecah Speedmart terus,” menurut suara seorang individu yang dipercayai perakam video berkenaan.

Bagaimanapun video itu tidak menyatakan kejadian berlaku di mana dan berapa premis yang dipecah masuk oleh mangsa banjir.

Namun berdasarkan rakaman video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Selangor yang kini terjejas teruk akibat banjir.

Kejadian banjir luar biasa sejak Sabtu lalu, dilaporkan antara yang terburuk dalam sejarah di Lembah Klang dan setakat ini tujuh mangsa terkorban serta seorang lagi masih hilang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here