SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Alor Gajah bagi menempatkan mangsa banjir.
Ia susulan kawasan tersebut dinaiki air ekoran hujan lebat yang melanda daerah itu sejak 3 petang semalam.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kolonel (PA) Cuthbert John Martin, setakat jam 9 malam tadi, PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan kini menempatkan 40 mangsa daripada 11 keluarga yang terjejas
“PPS itu dibuka pada 9 malam semalam selepas lebih empat kawasan di daerah berkenaan terjejas akibat banjir kilat.
“Kawasan berkenaan adalah Kampung Bukit Tambun, Kampung Balai, Kampung Jeram dan Kampung Taboh Naning,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, sebanyak 14 kawasan di daerah Melaka Tengah turut terjejas namun setakat ini tiada PPS dibuka.
Antara kawasan yang dilanda banjir kilat adalah Taman Bukit Beruang Melawis, Batu Hampar Peringgit dan Malim Jaya.
Selain itu, Hang Tuah Mall, Kampung Hulu, Kampung Sungai Putat, Kampung Morten, Kampung Chetti dan Empangan Klebang.
Manakala daerah Jasin, hanya sebuah kawasan iaitu Lubuk Kasau dilaporkan terjejas. – Malaysiapost
Gambar sekadar hiasan.

