Covid-19: 18 kematian baharu, 1 BID

0
1

SEBANYAK 18 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,044 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, satu daripada 18 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 55,475 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 46,457 individu atau 83.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,566 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 4,052 kes dirawat di hospital dan 400 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 198 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here