KUMPULAN TIRO berjaya merangkul gelaran juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Kemenangan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini melayakkan mereka membawa pulang RM500,000 dan sebuah trofi.
Persembahan mereka di pentas akhir berjaya mengalahkan empat finalis lain iaitu BORO (Achey, Atu dan Fad); PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali); TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif); dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 dan sebuah trofi.
Kumpulan BORO berada di tempat ketiga dengan hadiah kemenangan RM150,000 dan sebuah trofi.
Sementara di tempat keempat ialah milik kumpulan BAHYE yang membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi.
Berada di kedudukan terakhir ialah kumpulan TOBAT dengan hadiah kemenangan RM15,000 dan sebuah trofi.
Bertemakan Muzikal dan Bebas pada pentas akhir, kesemua peserta perlu membuat dua tugasan dan dinilai berdasarkan format penjurian 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di laman web.
Barisan juri dianggotai oleh Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose. – Malaysiapost

