KES harian baharu Covid-19 kembali meningkat ke angka 4,000 apabila merekodkan 4,262 kes hari ini.
Jumlah itu menunjukkan sebanyak 362 kes berbanding 3,900 kes harian yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,707,402 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Sejak Ahad lalu kes harian Covid-19 di Malaysia beberapa kali mencatatkan angka di bawah 4,000 kes iaitu 3,490 kes (Ahad, 12 Disember 2021), 3,504 kes (Isnin, 13 Disember 2021) dan 3,900 kes semalam. – Malaysiapost

